15 May, 2011

Apabila Cinta Itu Tidak Terungkap

Assalamualaikum. Selamat Hari guru aku ucapkan buat semua guru di seluruh muka bumi ini. Hihi. Aku baru balik dari perak. Sumpa penat. Act, tadi aku bace majalah dara. Aku tertarik dengan article yang berkaitan dengan tajuk di atas. Aku nak bagi sedikit pendapat aku .:)

Meminati seseorang yang kita suka, itu adalah menjadi lumrah dalam kehidupan. Perasaan suka hanya wujud pada hati tetapi sukar untuk kita luahkan rasa cinta yang terbuku di dada. Makin di pendam perasaan itu, makin tidak jadi keruan jadinya. Lebih-lebih lagi apabila orang yang kita suka itu berada betul-betul di sekitar kita.

 Cinta tak terungkap tidak bermakna kita gagal.
Bukan tak nak cakap. Tapi malu apabila di tolak. Dah la kene tolak. Mane muka nak letak kan cik kak ? Bagi aku seorang perempuan tidak manis apabila kita mulakan langkah dahulu. Dan luahkan perasaan kita dahulu. Sebab tak nak di lable perigi cari timba kan ?

 Ada hikmah di sebalik cinta tak terungkap.
Mungkin ada sebab kenapa sampai sekarang kita tak nak luahkan perasaan kita dekat si dia. Mungkin kita tak sedar lagi siapa si dia itu yang sebenarnya. Perangai dia. Hal silam dia lah. Sebab kita sedang khayal dalam dunia cinta yang kita cipta sendiri. Mungkin satu hari nanti kita baru sedar siapa dri dia yang sebenarnya. 

Nota malas : Kenangan silam. Aku tak nak pisang berbuah buat kali kedua. :( 

No comments:

Post a Comment