18 May, 2011

Hati ini milik siapa ?

Keinginan manusia bertemu dengan pasangan yang sehati dan sejiwa adalah fitrah seorang hamba  Allah.  Termasuklah abin. Semua itu hadir tanpa kita sedari sebelumnya. Fitrah yang tersirat, setiap hamba Allah pasti ingin menjadi seorang isteri atau suami dan ibu atau ayah yang baik berbanding hidup bersendirian. Namun, jika seseorang yang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi. Kita janganlah bersedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah hadir dan membahagiakan kita. :) Mungkin benar dahulu dia pernah besahabat dengan sesorang, namun cinta berpadu pada insan lain, itulah yang di namakan takdir. Hanya Allah sahaja yang mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. :)


Mungkin bukan takdir kita bersama.
Abin akur pada ketentuan ilahi. Dia bukan untuk abin. Setelah lama kami berkawan. Ternyata dia memang bukan untuk abin. Salah abin jugak berharap dekat dia. Secara jujur. Dia lah insan kedua yang buat hati abin benar-benar terbuka untuk menerima insan yang bernama lelaki untuk hadir ke dalam hidup abin. Asalnya, abin selalu salah orang antara dia dengan kawan abin. Siapa sangka, semasa abin ke kelas dia untuk berjumpa rakan sekelasnya. Itulah kali pertama abin melihat dia secara dekat.  Ada satu peristiwa. Kawan abin sendiri cabar abin buat sesuatu dekat dia. Ya Allah, Dalam banyak-banyak orang. Kenapalah kawan abin suruh dekat dia. Ya abin mengaku. Abin bukan jenis tegur dan bercakap dengan lelaki yang tidak dikenali. Sejak dari hari itu abin kenal dia. Dialah insan yang selalu buat abin tertawa. Dia selalu ceriakan abin. Selalu dengar masalah abin. Kalau nak cerita pasal dia. Memang sampai besok abin tak habis cerita. Memang banyak manisnya dari peritnya. Dialah sahabat lelaki yang paling abin percaya. Cukuplah dia bagi harapan dekat abin. Abin dah penat. Penat sangat. Abin menangis air mata darah sekali pun. Abin tahu. Dia bukan untuk abin. Awak hanya untuk dia. Abin terima dugaan ini dengan hati yang terbuka. Seandainya Allah SWT tentukan sesuatu itu bukan milik kita kerana semuanya milik Allah SWT. Mohon kepada Allah SWT agar diberikan apa yang terbaik untuk kita dari sisi-Nya, bukan di sisi kita. Percayalah, Allah SWT tak pernah memungkiri janji-Nya. Janji Allah SWT itu benar. Bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Wanita yang baik pula adalah untuk lelaki yang baik sahaja. Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Mungkin apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Abin redha dan pasrah dengan ketentuan-Nya.


Nota malas : Cinta sejati mungkin hadir sekali dalam hidup bagi setiap insan. Sebagai hamba-Nya belajalah untuk menerima segala yang telah di tentukan-nya dengan reda.  
 

5 comments:

  1. speechless weyh :'( bodoh si **** tuh . haha . lupekan dia oke ? aku sbgai BFF kau , slalu support kau mcm mane kau suh aku lpekan acap dlu :) aku tahu kau boleh .

    ReplyDelete
  2. hish. tak baik ckp cm uh. aq tak benci dia pun. da takdir aku kne macam tu kan ? insya'Allah aku boleh. terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. haha , aku geram nengoknye . haih . takpe . aku tahu kau lg tabah dari aku :)

    ReplyDelete
  4. Sabar, setiap dugaan yang Alla beri pasti ada hikmahnya.. Kita sebagai manusia perlu tabah menghadapi segala cabarannya... InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  5. kyna : sabo2x. mcm ko je eh. hihi. mgkin. tp, ntah aq mmpu ke x? :(

    ajim : terima kasih ajim. Insya'Allah. I will. :)

    ReplyDelete