01 September, 2011

Budak itu & Dia


Pada malam hari raya. Budak itu gembira kerana dapat mengunakan telefon bimbitnya kembali. Sudah sekian lama Budak itu tidak mengunakan telefon bimbitnya. Banyak pesanan ringkas  bertalu masuk diruang peti masuknya. Dari pesanan ringkas lama hingga ke pesanan ringkas selamat hari raya. Budak itu membalas kembali dengan ucapan yang ikhlas dari hati. :) Budak itu juga memberi pesanan ringkas kepada rakan-rakannya. Mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon seribu kemaafan. Budak itu tidak lupa juga memberi ucapan kepada Dia. Dia membalas kembali. Budak itu gembira tetapi mungkin terselit juga perasaan hiba dan sedikit kekecewaan. Tetapi Budak itu membalas kembali tanpa menunjukankan perasaan sebenarnya ketika itu. Budak itu tidak pernah melupakan kuih kegemaran Dia setiap kali raya datang menjelma. Ya, kuih cornflake madu kesukan Dia. Bagaimana keadaan Dia sekarang? Sihat?  Budak itu tidak tahu. Mahu sahaja Budak itu ajukan pelbagai soalan dan pertanyaan itu kepada Dia kerana sudah sekian lama Budak itu tidak mengetahui keadaan Dia. Tetapi Budak itu memilih untuk berdiam diri dan menahankan dirinya sahaja. Pertanyaannya itu hanya bermain di ruang mindanya sahaja. Hanya satu soalan sahaja Budak itu sempat ajukan kepada Dia.

Budak itu :  Dia macam mana dengan life Dia sekarang ? Happy tak ?
Dia : * Tiada tindakbalas *


Kesimpulannya : Ya, Mungkin benar Dia sangat gembira dengan kehidupannya  sekarang. Orang cakap. Diam tandanya Ya. Tahniah Dia. Budak itu tumpang kegembiraan ini dengan tenang. Budak itu tahu Dia gembira sudah cukup. Cukup untuk membuat Budak itu tenang seketika. Selamat berbahagia Dia. Kini, Budak itu boleh  melepaskan Dia dengan penuh keredaan dan hanya kerana Allah s.w.t. :) Mudah-mudahan. 

Nota malas : Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hai jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

No comments:

Post a Comment