27 December, 2011

Hati yang telah di tinggalkan oleh Dia


Aku tak boleh nak menangis. Dada aku sebak sangat. Dada aku sakit sampai tak bisa hendak bernafas. Hati aku ini di tinggalkan oleh Dia. Walaupun aku cuba untuk lupakan Dia tapi masih lagi Dia yang aku fikirkan. Aku nak hentikan semua ini. Tapi semuanya macam sia-sia sahaja. Hati aku tak mahu mendengar. Mengapa aku masih begitu bodoh ? Aku masih terasa Dia ada dekat dengan Aku. Aku tak percayakan perpisahan ini Dia. Mengapa aku begitu percaya bahawa Dia akan kembali ? Aku tak tahu bila akan berakhir semua ni. Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Memikirkan Dia betul-betul membuat aku terluka. Aku patut lupakan Dia untuk terus hidup. Aku harus menghapuskan jejak, bayangan, dan semua tentang Dia. Kalau tidak aku akan mati di dalam hati yang retak dan hancur ini. Aku akan berhenti untuk cuba memiliki Dia kembali. Sebab Dia tidak mungkin kembali. Dia telah pergi dan mungkin tidak akan kembali kepada aku. Dia langsung tak memikirkan aku. Dia tak tahu, aku masih menunggu Dia. Dia tak sedar dan masih hidup gembira. Aku kini telah di lupakan. Di buang sepenuhnya. Mengapa aku tak boleh buat begitu ??


Nota malas : The most part that i hate about you is you make me love you. -.-

1 comment: