23 September, 2012

Jodoh ?



Assalamualaikum w.b.t 
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Soalan: "Saya ada masalah ni. Nak tunggu je ke jodoh tu datang sbgmn yg tlh ditakdirkanNya atau nak usaha?"

Jawapan: 

"Dia ada dua situasi.

1. Menanti sampai tiba masanya.

Yakni, contoh awak tengah belajar lagi. Sekolah menengah lagi atau baru nak masuk universiti. Awak tak miliki apa-apa. Balas jasa ibu ayah pun belum. Kejayaan pun belum tentu ada, apatah lagi kerja yang stabil. So, awak tunggu je lah. Bukan tunggu jodoh. Tunggu masa yang sesuai lah. Tunggu bila awak dah habis study ke ( contoh famili awak orang susah ), or bila awak dah dapat kerja ke. Itulah maksud saya MENANTI.

Watpe tunggu jodoh, jodoh setiap orang tu telah ditetapkan. Ada atau tak, tu kerja Allah bukan kerja kita. Ingat pesan Allah ni dalam penantian tu. Firman Allah:

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya..." ( Al-Nuur ayat 33 )

Ha...jaga kehormatan dan tunggu Allah wat mai rezeki wat modal kahwin. Rezeki nak kawin pun ada. Bukan after kawin je dapat rezeki. Bila niat nak cari calon nak bina rumahtangga kerana Allah, rezeki insyaAllah datang. Sangka baik ok.

2. Usaha bila tiba masanya.

Ok ni mudah je difahami. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. " ( Surah al-Nuur ayat 32 )

Maksudnya kalau dah tiba masanya yang sesuai, usaha cari yang soleh atau solehah. Sebagaimana dalam ayat di atas, maksudnya kena USAHA CARI YANG BERAGAMA. Bukan yang entah apa-apa. Walaupun modal kahwin tu ciput ngam-ngam je ada, jangan risau insyaAllah rezeki tu ada bila dah kahwin. Isteri or suami u tu dikira rezeki la juga. Bukan rezeki tu dalam bentuk duit je. Mana tahu murah rezeki senang dapat tawaran kerja ke apa ke.

Jawapan oleh:
Syabab Musafir Kasih

Nota Malas : Jodoh tu xdapat DILIHAT, DIDENGAR, DISENTUH. Tapi, kehadiran jodoh yang tepat, pada masa yang tepat itu dapat DIRASA dengan tenangnya hati saat ia tiba. Jodoh itu PASTI ADA untuk setiap orang. Jika bukan di dunia, insyaALLAH di syurga. *peace* (^_^)y 

No comments:

Post a Comment