16 May, 2013

Selamat hari guru :)


 Assalamualaikum w.b.t
بسم الله الرحمن الرحيم


“What is a teacher? I'll tell you: it isn't someone who teaches something, but someone who inspires the student to give of her best in order to discover what she already knows.”
― Paulo Coelho, The Witch of Portobello

Hari ni tanggal 16 mei 2013 merupakan hari guru. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar saya dari sekolah tadika sehingga ke universiti. Sekolah Tadika Ansar, SK Bandar Baru Sungai Buloh, Sekolah Agama Rakyat Al-Islah, SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Pusat Tution Prestij Jaya, Tution uncle belakang rumah, Tution dekat rumah Cikgu Zawiyah, tempat mengaji saya arwah ustazah maimunah, Tution Rakyat Selangor, private teacher cikgu dila dan lecture2x di Uniten Muadzam Shah, Pahang.

Betulkan cakap cikgu dulu, murid yang paling nakal lah dia paling ingat. Dan aku salah satu daipadanya. Yeayy ! Hahahha. Semua tu kenangan yang indah belaka. Tak kan dalam hidup kita nak buat benda baikkan ? lagi lagi bila darah muda yang hendak mempebelajari benda baru lagi la ~ haha. Okey, kat sini nak cerita cikgu cikgu aku masa tingkatan 4 dan 5 Dinamik. 
P/s : Jangan tiru saya. Budak nakal masa time sekolah dulu :D

Kenalkan, ni cikgu Marlisa. Sudah mengajar aku since tingkatan 2 lagi. Ajar geografi. Aku dapat A pun sebab dia. Thank you cikgu. Masa form 5, dia ajar Ekonomi Asas. Aku satu satu nya student yang selalu gagal dalam subject tu. Tapi dia paling sayang dengan aku. sebab murid bermasalah kan ? haha. satu satunya cikgu yang amek berat pasal aku. Before dia masuk kelas pun, aku mesti kena study dulu subject dia. sebab nanti bila dalam kelas mesti dia panggil. Nabila, buat ni, jawab soalan tu. habis aku je kena attact. Lastly, masa dapat result pun dia orang pertama yang aku tunjuk result aku. sayang cikgu :*

 
Ni cikgu Bm aku. Cikgu yang paling sifat keibuan dalam kelas. Cikgu ni selalu lebihkan bebudak yang kurang pandai dalam kelas. Macam biasa, group aku paling nakal. mesti lah dia bagi perhatian lebih. kalau nama pun dia akan ingat nama Syarifah, Shaqinah, Nadia, Wahida. hahaha, terharu gila kiteorang Sayang cikgu :*

nota malas : Terima kasih cikgu sebab menjadikan saya orang berguna sekarang :)

No comments:

Post a Comment